CONTACT ME

Monday, February 22, 2021

Permulaan 2021


Salam and hai. Lamanya tak update apa apa post baru kat blog ni. well, dah masuk 2021 dah. 

Aku macam mak mak yang lain. Super duper busy menghadap kelas online anak anak since covid tahun lepas..

Si sulung dah masuk darjah dua tahun ni. Yara pulak dah sekolah tadika. Tapi memandangkan pandemik yang tiba tiba berlaku, aku tak sempat nak daftarkan yara masuk tadika. Bila nak register semua dah full. Nak takanak aku kenalah buat home schooling. Dan ianya sangatlah tak mudah. Menguji kesabaran. Mungkin sebab tu lah aku tak di takdirkan untuk jadi cikgu gamaknya, haha.

Oh ye, aku sebenarnya tengah menunggu hari nak sambut orang baru. InshaAllah, march ni. Even ni dah anak ke empat, still aku rasa berdebar and takut. Moga Allah mudahkan urusan aku melahirkan nanti. Aamiin 

Monday, June 24, 2019

Finally

Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Allahuakbar.. lama sangat rasanya aku tak menulis apa apa content dalam blog ni kan 😇 lama menghilang, lama menyepi. Patah hati? eh tidak. Hati masih berbunga you ols. 😆

Berhabuk blog ni asbab laptop aku buat hal. well, boleh je nak menaip guna handphone. Tapi, rajin pulak aku nak mengadap skrin ceconet gitu? memang tak lah.

Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak benda jadi. which is ada suka dan duka. Well, tu lah hidup kan? 😜

Antara good news, aku dah jadi mak anak tiga 😎 kakak yara dah ada geng. Of course team mak. Paknya masih kekal. Team berdua dengan abang Fayaaz. InsyaAllah, tahun depan aku akan all out untuk dapatkan sorang lagi team untuk paknya. kahkah. Doakan tau!

Regards,
Hidayah Ahamad.

Friday, August 18, 2017

MENYUSU KETIKA HAMIL

Assalammualaikum. Hari ni aku nak sharekan serba sedikit pengalaman aku menyusukan yara dari hari pertama di lahirkan sehingga hari ini tanpa gagal. Alhamdullillah.

Actually aku dah capai target pun untuk menyusukan yara sehingga DUA TAHUN. And memang dah prepare nak stop breast feed once usia yara mencecah dua tahun. Tapi apakan daya sampai hari ni yara masih menyusu and tak nak berhenti pun. 😂




Mama is redha. Alhamdullillah rezeki yara pun memang melimpah ruah. Bayang kan sampai hari ini, yara dah  2 tahun 6 bulan plus aku tengah pregnant 18 weeks pun susu masih melimpah ruah sampai tahap menitik. sometimes, bengkak susu tau!


Mula mula memang aku ikhtiar macam macam untuk stopkan yara dari menyusu badan. Tapi tak berhasil pun. And lastly aku give up. kahkah. Ikut advide nurse and docter memang suruh berhenti menyusu jugak, sebab aku  tengah pregnant kan. Tapi apa boleh buat. haha. Takpelah mama just doa kat  Allah yang adik baby sihat je kat dalam tu. And dapat khasiat yang cukup. InshaaAllah. 😁

Penat tak menyusu masa mengandung? Mestilah penat. Kadang kadang sampai tahap lesu yang tak boleh buat apa apa. Just terbaring je sehariaan. 😂

Tapi of course aku cari ikhtiar untuk kekal bertenaga even tengah mengandung dan menyusukan. Untuk pengetahuan semua, salah satu ikhtiar untuk aku banyakkan susu badan of course, aku amalkan supplements shaklee iaitu SET MENYUSU. Yang mengandungi Esp, Alfalfa and Ostematrik. And alhamdullillah, asbab supplements shaklee ni, susu membanjiri. kihkih. And untuk tenaga, of course my best friend CIK VITALEA.





Even now tengah pregnant pun aku masih consume Esp and Ostematrix sebab termasuk dalam SET HAMIL SHAKLEE. Alfalfa aku dah stop since tahu pregnant sebab alfafa ni macam jamu. So tak sesuai consume masa hamil.

Cuma apa yang aku nak share, jangan rasa takut, risau atau terlalu sayangkan duit untuk investkan duit untuk product yang terbukti bagus, banyak testimoni dan juga berbaloi-baloi. Product Shaklee ni berbaloi baloi sangat! Tahan berbulan-bulan lamanya.

Sangat jimat untuk jangkamasa yang panjang dalam membantu kita melengkapkan misi penyusuan buat anak tersayang.

Nampak macam banyak nak telan? hehe.. betul, tapi  bukan semua kena makan serentak. Ada jadual dia sendiri tau. so, kalau korang ada masalah susu badan kurang then lesu seharian, boleh grab set menyusu shaklee ni dengan agent shaklee ya.

Happy breastfeeding!

Sunday, August 13, 2017

REZEKI YANG TAK DI SANGKA

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk 2nd trimister kehamilan pun. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kali ni. 😉

Alhamdullillah atas rezeki yang tak di sangka ni. Dah nak masuk tiga orang anak. yeay! maka nya usia pun dah makin senja lah kan.

Untuk pregnancy ketiga ni memang tak rancang pun. Sedar sedar dah ada. Baru fefeling nak kurus. sekali Allah bagi rezeki besar. Alhamdullillah. Syukur sangat.

Mengandung kali ketiga ni dayah tak update mana pun, sebab risau ada yang terkesan. Yelah dekat luar sana masih ramai wanita yang mengharap untuk rasa mengandung dan melahirkan.

Ada kala niat kita nak berkongsi pengalaman sahaja. Tapi ada jugak yang salah faham. Bila dikongsi dikata pulak riak. Allah. 😭 wallahi.. Tak berniat langsung untuk riak.




Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa 

Antara kata kata motivasi yang dayah pegang dari dulu. Bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada, bila kita bersyukur, Allah tambah nikmat. Kurangkan rasa merungut, kurangkan pertikaian dengan nasib orang. InshaAllah, kalau Allah nak bagi tiada siapa boleh tahan. Kalau Allah nak tahan, takde siapa boleh bagi.

Tuesday, January 10, 2017

RESEPI RENDANG AYAM KAMPUNG SIMPLE

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak share resepi rendang ayam kampung paling simple versi aku. hihi. cepat, mudah dan yang paling penting of course lah sedap menjilat jari. gituuuu :)




Bahan Bahan: (Maaf gambar bahan bahan lupa snap. Ampunn!)

  • Ayam kampung seekor potong 8 (ikut size yang korang suka)
  • Santan Kotak 500 ml
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Lada hijau dan merah kecil segenggam
  • Kerisik
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Daun Limau purut
  • Garam dan gul secukup rasa

Cara-cara:





  • Bersihkan ayam, kemudian tos kan
  • Kupas dan bersihkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai dah lada hijau merah
  • Blendkan bahan bahan yang dah di bersihkan dengan sedikit air.
  • Masukkan ayam dalam periuk (aku masak guna rice coocker. mudah pastu jimat gas. cepat pun ye)
  • Masukkan bunga lawang dan kayu manis
  • Masukkan sebatang serai yang di ketuk, pastu just curah je bahan bahan yang di blend tadi.
  • Terus on plug dan masakkan ayam dengan air ayam tu berserta bahan blend. Jangan tambah air. sebab ayam tu dah berair. lagi pulak bahan blend kita pun dah ada air sikit.
  • Bila dah mengelegak, masukkan santan dan kerisik
  • Kemudian masukkan daun limau purut dua tiga helai
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Agak agak dah mengelegak mayang kan daun limau purut dan tunggu lah sampai kering pastu angkat le.

Lepas tu, selamat menjamu selera. yeay. Mudah kan? apa lagi, try lah resepi kita :)

Resepi Kimchi Sedap, Cepat Dan Mudah

Assalammualaikum.. My first post untuk tahun 2017. Alhamdullillah, Allah masih mengizinkan aku bernafas. syukur. Lately aku makin suka tengok drama korea. Perasan tak, cerita korea ni memang tak lari dengan babak makan dia. hamboi. tengok dia punya makanan terliur lah nak rasa. well, orang korea suka sayur kan. ibaratnya sayur ni makanan ruji plak. penuh meja dengan sayur. patut lah kulit flawless gituu. so today, aku nak share dengan korang resepi kimchi yang paling simple and mudah. pejam mata dah siap.okey tipu. haha. lepas ni kalau teringin nak rasa, try lah buat. insyaallah sedap. makan ngan nasi, ramen, megi, bubur.. ikut suka lah.



BAHAN-BAHAN:



Sayur:
  • Kubis Cina
  • Lobak Korea ( Daikon)
  • Daun Bawang


Untuk Sos:
  • Cencalok
  • Pes Lada
  • Serbuk Cili kering
  • Chili Flakes
  • Halia
  • Bawang Holland
  • Bawang Putih
  • Gula 

 Cara Jerukkan Kubis Cina:

  • Belah kubis kepada dua bahagian
  • Basuh Kubis bersih bersih
  • Lepas basuh, potong lagi kubis kepada tiga bahagian (kalau orang korea dorang belah dua je)
  • Lumurkan kubis dengan garam dan tambahkan sikit air agak agak tengelam je
  • Peramkan semalaman, Tapi aku rendam dalam 4 jam macam tu je. Agak-agak kubis dah lembut okay dah pada aku.
  • Bila dah settle, basuh bersih kubis yang dah di jeruk kemudian, tos kan. 





Penyediaan Sayur tambahan:

  • Basuh dan buang kulit lobak korea (daikon)
  • Basuh dan mayang daun bawang
  • Sejatkan air basuhan sayur sehingga kering



Cara Buat Sos Perapan Kimchi:

  • Blendkan bawang holland, halia dan bawang putih
  • Campurkan bahan blend ke dalam bekas
  • Masukkan pes lada satu peket kecil
  • Masukkan serbuk chili kering dan Chili Flakes
  • Masukkan cencalok lebih kurang 3 besar sudu (tak perlu masukkan garam sebab cencalok dah masin)
  • Masukkan sos ikan 5 sudu besar
  • Masukkan setengah genggam gula
  • Gaulkan mesra dan rasa sos. kalau kurang rasa, tambahkan bahan ikut selera









Cara Membuat Kimchi:

  • Gaulkan daun bawang dan lobak korea (daikon) dalam sos perapan
  • Ambil kubis yang telah di tos, dan masukkan kedalam bekas besar
  • Curahkan sos perapan ke atas sayur kubis
  • Gaul mesra sos dan kubis
  • Kemudian alihkan kubis yang sudah digaul ke dalam bekas kedap udara untuk di peram sehingga matang.  Tempoh matang biasanya lepas 2-3 minggu kalau ikut  kata Dr. Baek dalam rancangan big nation three. Kalau tak sabar, lepas 24 jam pun dah boleh ngapp. Tapi lagi lama peram lagi masam. lagi sedap. 





Sedap sungguh. Tak tipu. Makan nasi panas dengan kimchi kubis ni, terangkat. Kalau bubur kosong pun sedap makan dengan kimchi ni. Try tau. :)

Thursday, February 26, 2015

Pengalaman Berpantang Sendiri

Assalammualaikum..

Hai youolsss. Today dah masuk hari ke 26 aku berpantang. Berpantang ke? haha. Pantang lalu kot. kehkeh. Mula-mula aku balik rumah, takde lah aku berpantang sendiri. mak mertua aku ada tolong jagakan. Mak mertua aku tolong uruskan aku, baby, abang fayaaz and masakan untuk aku and suami. pakej kemas kan rumah and basuhkan kain baju. Yang part ni memang aku tak suruh and suami aku pun tak bagi buat tapi mak mertua aku tetap nak buat. so, cuma boleh ucap bebanyak terima kasih aje. hihi. tapi seminggu je lah, lepas tu pepandai kau lah. hehe.

Aku sempatlah balik berurut. makk aihh bukan main sedap rasa badan bila dah kena urut. rasa lebih bertenaga and bermaya. So, balik je kl, aku rasa macam takde dah istilah berpantang bagi aku, ye lah. Pagi-pagi subuh aku bangun mandi and bakar tungku sendiri. Lepas mandi sementara tunggu tungku panas, sempat lah aku sapu losyen anugerah kat perut and pinggang. nak pakai bengkung memang tak lah. sebab kulit aku sensitif. bila pakai bengkung sure berpeluh kan. then nanti confirm naik gatal gatal macam gegata. uishh, memang tak lah aku nak bebarut. hehe.

then dah siap tu, kalau rajin aku mengemas rumah jap. kalo malas memang membuta je lah kejenya. ialaha aku pun bukan cukup tido. malam-malam bangun susukan Yara. Yara ni kalau menyusu memang lama gila. sampai tersengguk-sengguk aku di buatnya.

Dalam pukul 8.30 suami aku dah sibuk-sibuk nak gi keje. kalau sempat beralaslah perut suami aku. kalau tak, jawabnya tunggu lunch je lah ehh. hehe. Pukul 9 pagi aku sibuk mandikan Yara and bagi dia menyusu dalam setengah jam. Pastu bila yara dah tido dok sibukk pujuk abang fayaaz. well sejak yara lahir ni aku dapat rasakan yang fayaaz macam jauh hati je. kesian pulak rasa. rasa bersalah sangat. tu lah sape suruh beranak rapat-rapat! tapi ni kan rezeki..

Dah settle mandikan si abang, main-main kejap dengan dia and aku pun ajak dia landing sampai dia tertido. then susukan adik lagi.  pastu bersilat kemas rumah and memasak. basuh baju. ko rasa? sempat ke aku nak fefeelinggg berpantang? memang tak lah kan. Bila aku tengah fefeling sapu minyak panas kat kaki lepas tu verangan nak pakai stokin, boleh plak si fayaaz berakk. dah kena cabut balik stokin. Tengah nak bertungku si yara menagis nak susu.Time ni lah baru aku tahu apa itu "SUPERMOM". yealah semua benda kau sorang kena buat dalam satu masa. penat sangat.

Bila suami aku ada, baru lah aku ada masa nak rehat lebih. tapi kekadang tak jugak. sebab suami aku ngan si fayaaz ni suka sepahkan rumah. aku plakk memang jenis pantang tengok sampah mulalah nak mengemas and aku memang jenis tak puas hati kalau orang lain kemaskan rumah aku. tambah lagi satu penat. sehari dekat 10 kali aku menyapu. kalah alam flora uolss.  Tapi bila tengok anak-anak syurga yang Allah amanahkan ni, aku rasa hilang semua penat. rasa bahagia je. syukur, Alhamdullillah..



Monday, February 23, 2015

Lahirnya adik Fayaaz ke dunia. Alhamdullillah

Alhamdullillah..

syukur kepada Allah S.W.T aku dah pun selamat melahirkan bayi kedua pada 1hb februari 2015. yeay! sekarang tengah menjalani proses berpantang yang tak berapa nak pantang lah. huhu. Syukur semuanya selamat dan berjalan lancar. Fayaaz dah upgrade jadi abang long. yeay! aku pun otomatik upgrade jadi ibu beranak dua. hewhew. syukur. sebab Allah terlalu baik dengan aku. Baik sangat. Allah bagi aku jodoh awal. pastu bagi pulak anak-anak yang comel dan sempurna. Kalau orang lain tu nak dapat anak susah sangat. tapi aku, cepat je dapat. tak sampai tiga tahun kawin, aku dah ada dua orang anak. Anugerah terindah yang Allah kurniakan. syukur.

oh yaa, berbalik pada kelahiran baby kedua aku, kali ni pun aku kena induce jugak. sebab malam 31hb january tu aku rasa baby kurang gerak. Aku ni memang cepat cuak lagi-lagi banyak terbaca kes baby mati dalam perut sebab maknya tak alert baby dalam perut cukup gerakan atau tak. so lepas maghrib aku terus ajak laki aku gi sepital. memandangkan takde orang boleh tolong jagakan fayaaz, dengan fayaaz sekali kiteorang angkut gi sepital. bila dah sampai tu adalah isi borang semua then lewat gak, dalam kol 9 malam baru aku dapat buat CTG, so legaaa gila bilaaku still dengar jantung baby. rasa nak nagis je masa tu. huhu. aku pon non stop senyum sampai telinga uolss. haha. then dah siap CTG tunggu docter nak check plak. Docter panggil and scan perut tengok baby semua terus docter cakap okay malam ni awak masuk ward besok kita paksa beranak. haha. ko rasa?? aku baru berangan nak mentekedarah di hujung-hujung waktu ni. last-last docter dah plan nak induce. memula memang aku taknak tapi, bila fikirkan nyawa si kecil yang ada dalam rahim aku, terus aku setuju. yeay.

Aku buat muka sedih bagitahu kat suami aku, dia pun terkejut terus malam tu jugak aku soh adik aku datang untuk tolong jagakan fayaaz. yealah nanti suami aku sure busy nak ulang alik tengok aku dekat sepital.

And 1hb february tu, pukul 8 pagi aku dah kena induce. pukul 8.15 am aku dah start rasa sakit. seriously.. sakit gila. padahal masa fayaaz dulu pun aku kena induce tapi takdelah rasa sakit macam ni. aku dah start tak boleh makan padahal aku dah suruh adik aku masakkan mee goreng pedas kaw kaw untuk aku breakfast. sedihkan. Nanti pantang mana boleh makan mee. sobsob. masa lunch pun aku tak boleh makan. suami aku siap belikan coolblog untuk aku, tapi memang aku tak boleh telan pape sebab rasa sakit tahap dewa punya time tu. masa fayaaz lagi 10 minit nak beranak aku siap boleh makan nasi goreng kampung. sampai nurse siap gelakkan aku, yealah time tu aku dah bukak 8 cm tapi boleh plak makan minum lagi.

Dalam pukul 3.15 petang aku memang rasa nak berak je. aku panggil nurse soh check jalan, nurse boleh plak cakap tunggu docter round. aku memang dah macam hulk je time tu. dok mengerang kesakitan. suami aku kat sebelah muka cuak je. tiba-tiba mak guard datang halau suami aku. die cakap masa melawat dah habis. lagi aku angin. memang kena carut sedasss. terukk kan aku. nak buat macam mana, emosi di luar kawalan. huhu. soryy yea mak guard. aku suruh suami aku tunggu dekat labour room je sebab aku rasa jap lagi sure aku kena tolak gi labour room.

Dalam pukul 3.40 petang docter datang and check jalan,terus docter soh nurse siap-siapkan aku sebab jalan dah buka 7 cm. legaa aku rasa sebab jap lagi sure hilang sakit-sakit ni semua. hehe. sampai labour room docter pecahkan air ketuban and time tu jugak aku rasa nak berak. aku jerit je cakap nak berak, nurse pun check jalan tengok dah 10 cm. gila tak gelabah. aku tak boleh tunggu dah, sekali push je keluar lah si kecil molek aku ni haa. syukur. suami aku masuk je baby dah lahir. hehe. kesian dia tak sempat tengok. hehe.

so, 1hb febuari 2015, jam 3.53 petang lahirlah anak dara aku yang kecil molek. Alhamdullillah. so lets meet my little princess yang di beri nama, YARA NUR DHIA IRDINA :) semoga membesar jadi anak yang seolehah, berjasa pada kedua orang tua, sihat sentiasa dan berjaya dunia akhirat, Amin.




Tuesday, November 4, 2014

DIY Nursing Pillow

Minggu ni baru je pergi mom and baby expo dekat IDCC Shah Alam. Cadang nak start beli barang second baby sikit-sikit. Sempat lah grab sterilizer autumz plus warmer sekali. masa fayaaz dulu takde pon beli. pakai cara tradisional je. rendam ebm guna air panas and steriliz botol dalam periuk sampai berlobang. hehe. tapi since anak nak masuk dua ni rasa macam tak sempat dah. mana nak layan si abang, mana pulak nak terkejar-kejar layan si adik. so better beli je.

Masa reround tu terdetik kat hati nak beli nursing pillow. tapi dia punya harga, kemain mahal lagi. range harga rm 70- rm 100. gila mahal. padahal bantal jerk. so terus tak jadi beli. and terasa macam nak buat sendiri sebab rasa cam senang je. Balik rumah terus google pattern nursing pillow. yeay!


Ni lah rupa nursing pillow pattern. boleh google and download pastu print and cantum-camtumkan. Then boleh lah start ukur and potong kain. tapi sayang masa aku dah print gambar and potong kain aku memang lupa langsung nak snap. haha. Tak boleh nak kata apalah kan. Tapi aku boleh ajar cara manual.

  1. Beli kain cotton ke, lycra ke, ikut suka berukuran satu meter
  2. Lipat kain kepada dua bahagian.
  3. Ambil pattern nursing pillow and pin kan guna jarum, supaya kain tak bergerak semasa proses mengunting kain.
  4. Gunting kain lebih seinci dari patern sebab nanti nak jahit takut mengecut.
  5. Dah siap potong kain, bukak and akan dapat potongan bentuk U
  6. Jahitkan kain sekemas mungkin. And tinggalkan lubang untuk masukkan kekabu
  7. Basuh kain yang telah di jahit untuk keselesaan bersama
  8. Masukkan kekabu sepadat mungkin kemudian jahit kemas-kemas supaya kekabu tak terburai


 Ni lah rupa nursing pillow handmade aku. 100% kekabu tau. Modal? Rm 6.50 sahaja. Kain cotton semeter aku beli rm 6.50 sahaja. kekabu free sebab pokok sendiri. kehkeh.

Thursday, October 30, 2014

Suppliment semasa mengandung

Aku bukan jenis yang suka makan ubat. serious, kalau demam ke sakit ke memang aku takkan makan ubat. Tapi since mengandungkan fayaaz and baby kedua ni, aku jadi rajin makan ubat.haha. yealah mak mana yang taknak buat yang terbaik untuk anak kan.


Start aku tahu aku pregnant aku terus pergi farmasi untuk beli folid acid. Acid folid ni bagus untuk perkembangan baby dalam kandungan. Tapi biasanya aku memang tak boleh telan ubat ni. biasa lah kan.bau die menyengat.orang mengandung hidung memang sensitif. Pantang bau peliks peliks mula lah nak loya.


Masuk trimester kedua, nurse kkia start tukar ubat. dia kasi zincofer. ubat ni aku boleh makan dengan penuh bahagia sebab die dalam capsule so ofkos aku tak bau pape. muahaha.



 Selain ambil ubat dari kkia aku ambil jugak pati delima gulsan. rasa dia masam-masam manja. tapi tekak aku sedap je. pati delima gulsan ni bagus untuk orang yang ada kencing manis masa mengandung macam aku and sangat sesuai untuk naikkan hb low. harga pun tak mahal. sebotol rm16 sahaja.


Di sebab kan aku ni jenis yang cepat stress and ada darah gemuruh so tekanan darah aku memang sangat tak cantik. doctor tak suggest aku ambil ubat sebab aku bukannya ada darah tinggi pun. cuma kekadang result tu kurang cantik. so aku decide untuk amalkan saffaron. setiap hari dua gelas wajib untuk di minum. so since aku amalkan saffaron bacaan tekanan darah aku sangat cantik.. yeay!

p/s: gambar ehsan dari google je. malas nak snap satu-satu. muahehe

Thursday, October 23, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Macam yang aku bagitahu before, now aku tengah pregnant anak kedua. yeay! Alhamdullillah dah masuk 6 Bulan. Pregnant kali ni aku kerap kena morning sickness which is tak kira masa. sesuka hati je dia datang. masa mengandungkan fayaaz dulu tak delah seteruk ni. Bab makan pulak aku memang tak boleh makan ayam. totally out melainkan ayam kfc. hewhew.  and this time aku agak kuat makan asam. tak kira jenis. asalkan namanya asam aku bedal je.

Baru-baru ni dekat facebook and kelab ibu hamil jadi pulak viral jeruk mangga asam boi. kau gila. kita ni dah lah tengah pregnant confirm-confirm pantang tengok. haha. tapi dorang jual mahal. pastu sikit cenonet je. aku ni dah lah kedekut memang tak lah kan nak beli benda cenonet tu dengan harga yang mahal-mahal.


Bila dah google resepi and baca resepi aku rasa benda ni senang je, so aku rasa nak buat sendiri. malam tu jugak ajak laki aku pergi chowkit cari mangga muda. beli dalam dua kilo sahaja. Punya lah gelojoh, sampai je rumah terus kupas kulit mangga and potong-potong.alahai potong sesedap rasa je.


tadaaa.. dapat lah semangkuk besar. makan time sejuk-sejuk lagi yummy. hewhew. happy tummy iolss! ;D so sesiapa yang mengidam tu buat je sendiri. senang sangat.

p/s: ohh yeee, aku takde stok asam boi bijik-bijik. aku tabur asam boi serbuk je. sedap jugak!

Tuesday, October 21, 2014

Pengalaman bersalin di induce

Assalammualaikum..

Hari ni terasa nak share pengalaman masa aku lahirkan Muhammad Fayaaz Arshaq. hihi. kenapa baru sekarang ye. Fayaaz dah masuk setahun dua bulan, mama dia baru sibuk- sibuk nak share pengalaman bersalin setahun yang lalu. hehe.

Untuk pengetahuan semua, aku melahirkan Fayaaz secara normal.  Alhamdullillah. Tapi yang tak berapa best sebab masa kandungan mencecah 37 weeks aku kena induce. Induce ni maksudnya masukkan ubat dekat bawah untuk mencetuskan bukaan and contraction. Aku di paksa induce gara-gara ada kencing manis. haha. tu lah suka sangat makan and minum yang manis-manis.

Aku admit ward 18hb 2013, and doctor plan nak induce aku pukul 7.30 am pada 19hb 2013. so aku pun pasrah jelah. Aku dengar orang kata induce ni sakit dia tahap dewa. maksudnya dua kali ganda dari sakit contraction biasa. cuak jugak memula. hihi.

so seperti yang di rancang ke esokkan harinya tepat pukul 7.30 pagi, nurse datang kat aku and suruh aku g toilet siap-siap,sebab nanti lepas induce aku tak boleh pergi toilet untuk sejam pertama. bila dah settle docter pun suruh aku baring and die check bukaan, and rupa-rupanya bukaan rahim aku dah 1.5cm. tapi doctor still induce sebab nak cepatkan lagi bukaan. lepas dah induece tu aku rasa mengantuk sangat and slumber je tidur. dua tiga kali jugak nurse datang and tanya ada rasa sakit tak. soalnya aku tak rasa pape. pelik jugak. takkan aku ni kebal sangat sampai tak rasa sakit kan. haha. then dalam pukul 11.30 pagi aku pergi toilet and baru lah aku nampak ada darah keluar. tu pun sikit je.

Dalam pukul 2 pm nurse datang nak check bukaan. And mengejutkan sebab sebenarnya aku dah buka 5cm. And nurse dah kelam kabut suruh kemas-kemas barang nak tolak pergi labor room. sampai dorang semua tanya takkan takde rasa sakit? so aku jawablah serious memang saya tak rasa apa-apa. semua dah hairan, padahal contraction aku selang lima minit dah time tu.So sebelum tolak g labor room aku sempat call suami aku and mintak die belikan nasi goreng kampung sebab aku teringin nak makan. hehe.

Sejam jugak aku tunggu pastu nurse cakap aku kena tunggu dekat ward dulu sebab labour room penuh. aku okay je, sebab aku pun tengah tunggu nasi goreng. hihi. dasar kuat makan! then aku dah siap makan pun still takde tanda- tanda nak turun labour room. punya lah lama tunggu, finally pukul 11.30 malam baru aku masuk labor room nasib baik aku tak beranak dekat ward. Masuk labour room docter check laluan dah bukak 9cm. Pelik sebab aku masih tak rasa sakit. Then doctor cakap die nak kosongkan pundi kencing and pecahkan air ketuban. and dalam pukul 12 am aku baru rasa contraction yang kuat. so nurse panggil suami aku siap-siap untuk masuk labour room.

Dua kali push, aku pun selamat bersalin.pheww. lega. doctor and nurse impress gila sebab aku pandai push. hehe. maybe sebab aku selalu tengok  one born every minute uk tu kot. Alhamdullillah, Allah permudahkan proses bersalin aku. Even orang lain menagis nagis sakit contraction, aku tak rasa pun. siap makan nasik goreng lagi. Maybe ini rezeki aku. And hopefully anak kedua nanti pun macam ni jugak. hehe.

Monday, August 11, 2014

List Barang Newborn Baby

Assalammualaikum..

Hai! Hari ni rasa rajin nak update blog and terasa nak share keperluan newborn baby. untuk yang first time nak jadi mak tu sure excited kan. hihi. faham sangat. kita yang dah nak masuk second baby ni pun excited manjang. Baby baru nak masuk 4 bulan dalam perut ni, tapi aku dah start lah survey mana-mana yang patut.

And memandangkan yang ni second baby so sikit sebanyak pengalaman masa memula jadi mak-mak dulu sangat membantu. hihi.

Banyak benda-benda basic dah ada and dapat lah berjimat sikit. Tapi, memandangkan masih tak tahu lagi jantina anak yang kedua ni, so just ambil langkah berjaga-jaga  je lah. kalau bab nak beli baju tu makesure ambil yang dwisex.

Untuk ibu-ibu baru, ni antara list baby newborn yang diperlukan. Good luck uolss.

Clothing:

1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi

Diapering:

1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming:

1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls

Nursering:

1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding:

1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos

Travelling:

1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Bathing:

1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung

Extra:

1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear

Panjangkan list? tapi sebenarnya banyak kehendak dari keperluan. tapi depends pada masing-masing. kalau mampu boleh lah sediakan semmua. pada yang kurang kemampuan, utama kan keperluan. And soal bila nak beli? sebenarnya terpulang pada individu. Ada orang kata tak elok siap awal-awal. tapi untuk kita yang sederhana ni rasanya tak salah kalau beli sikit-sikit. Nak beli sekali hadap memang rabakk poket. Ada orang suka kumpul duit and beli sekali harung bila dah nak dekat due. Tapi for me, better beli time expo baby atau jualan gudang. dapat lah jimat sikit. ;)

Wednesday, June 18, 2014

Bila Upt Positif Lagi

Assalammualaikum..

Syukur alhamdullillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Tahun ni rasa cepat betul masa berlalukan. Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa. Then raya. Then merdeka. Dan tahun seterusnya aku bakal berbaby kecil lagi. hehe. Alhamdullillah. Rezeki, satu lagi mujahid bakal di lahirkan. syukur alhamdullillah. Fayaaz Arshaq pun dah sembilan bulan. apa salahnya kalau dapat adik lagikan.

Aku just nak share dengan uolss berita gembira ni. hehe. walaupun ni merupakan bayi kedua kami, tapi rasa excited tu tetap sama macam mula-mula dapat tahu yang aku mengandungkan Fayaaz Arshaq dulu. Actually, aku memang tak ambil perancang keluarga even nurse kat klinik dok bising soh aku ambil. lagipun suami aku tak suka aku ambil, so aku just follow the flow lah kan. hehe. Ala, kalau dah rezeki, rancang cam mana pun lekat jugak. Pernah dulu masa aku kerja dekat ward Obsetrik, ada patient yang pakai iucd still pregnant. sampai bleeding teruk sebab benda tu dok cucuk kantung baby. so aku tak rasa pencegah kehamilan ni 100% safe kan.

Sekarang aku dah pregnant 6 minggu, so progress Diet Atkins aku terpaksa di hentikan buat seketika lah. tapi time rajin aku still akan update menu low carbo hokeyy. sebab pregnant kali ni aku nak amalkan eat clean. sebab aku taknak bertambah gemukkk. Mengandung bukan alasan untuk mentekedarah sesedap rasa yer.

Aku tau aku pregnant pun semalam. sebelum tu memang aku dah delay period seminggu. so pagi-pagi aku dah test upt,tapi macam biasalah. naik satu line je. kecewa jugak lah sebab aku dah berharap sebenarnya. hihi. punya kecewa aku buang upt dalam tong sampah and plan nak sambung tidur lepas subuh. tapi tah kenapa naluri keibuaan tu lain macam. so lepas solat subuh aku pergi ambil balik upt tu and guess what, upt tu dah naik double line. tapi line memang samar gila ah. 


Tapi aku tetap yakin aku pregnant sebab kalau aku tak pregnant aku takkan delay period and kalau aku tak pregnant memang takkan naik pun double line tak kira lah samar ke hape. Insyaallah naluri ibu ni selalunya kuat dan tepatkan. hehe. insyaallah weekend ni aku g klinik untuk scan. and please doakan kesihatan dan keselamatan aku bersama mujahid kecil ni. :)

Ada jugak kawan kawan yang mintak tips prengnant dari aku, so kalau korang nak tau aku just amalkan folid acid je. and bila aku rasa nak second baby ni aku start doa pada Allah supaya aku di beri peluang kedua untuk melahirkan lagi seorang mujahid kecil. and aku pernah share doa dan amalan untuk mendapatkan zuriat dekat entry nientry ini. dan jugak entry ni. Kalau rajin boleh lah baca and amalkan bersama. mudahan ada pula rezeki buat kalian.

Tuesday, June 17, 2014

Resepi Oopsie Bread

Assalammualaikum..

 Hai uolss. so today aku nak share next resepi, iaitu oopsie bread. Hehe. mood rajin lah kengkonon. Sesiapa yang dalam fasa induction Diet Atkins atau pun fasa dua and above boleh je try buat roti ni. fefeeling makan roti perisa vanila giteww! Bahan pun tak banyak and tak leceh pun nak buat, and paling penting low carbo hokeyy!




Bahan-Bahan:

3 Biji Telur 100g Cream Cheese ( Aku pakai philadephia )
1 tsp Esen Vanilla
1 tsp Baking Powder
secubit garam

Cara-Cara:

1. Asingkan Putih Telur dengan Kuning Telur
2. Pukul Putih Telur Sampai jadi meringue.
3. Dalam bekas yang lain, Pukul Telur Kuning, esen vanila, baking powder and cream cheese sampai sebati.
4. Campurkan adunan kuning telur dalam meringue dan gaul sebati
5. Dah sebati masukkan dalam acuan untuk dibakar (boleh guna acuan pai, cup cake, atau acuan kek)
6. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 180 '

 Done! To be honest rasa dia memang macam telur dadar ah. tapi versi wangi and gebu gebass gitu. sedap di makan sebagai burger. enjoy! :)

Saturday, June 7, 2014

Beef Bacon With Mozarella Cheese

Assalammualaikum..

Today aku nak share lagi satu resepi Low Carbo, High Protein and High Fat. Khas untuk sesiapa yang amalkan diet atkins lah. Kalau diet Low Fat tak dapett nak tolong. Nama resepi ni Beef Bacon With Mozarella Cheese. sedap hokeyy!

Bahan - Bahan:

1) Beef bacon ( Aku beli daging dekat pasar, and aku filet sendiri je )
2) Daging cincang
3) Dua biji Telur
4) 1/2 Biji bawang merah
5) 1 tsp garam bukit
6) 1 tsp Chili Flakes
7) 1 tsp Black Pepper

Cara - Cara:

- Gaulkan daging cincang dengan 1 tsp garam, 1/2 biji bawang merah yang dipotong dadu, 1 tsp black     pepper, t tsp chili flakes
- Sapu loyang muffin dengan minyak ( aku guna olive oil )
- susun beef bacon dalam loyang muffin yang telah digris dengan minyak
- Susun daging cincang yang telah diperasakan dengan bahan sampingan atas beef bacon
- Curah telur
- Taburkan mozarella cheese
- Bakar pada suhu 200' selama 15-20 minit



Tada.. dah siap boleh lah ngapp bersama family. Layan gree tea pon terbaikkk. Kalau berminat boleh lah try. Good Luck!

Friday, June 6, 2014

Resepi Flaxseed Bread

Assalammualaikum..

Sepanjang mengamalkan diet atkins ni kekadang teringin jugak nak breakfast makan roti dengan telur mata. Tapi memang tak mustahillah sebab kita boleh buat Roti sendiri. So meh aku kongsi resepi Roti Low Carbo


Bahan-bahan Flaxseed Bread:

(1) 1/2 cawan Flaxseed
(2) 1/2 sudu teh garam
(3) 3 peket gula gantian - aku pakai eversweet
(4) 1/3 cawan minyak zaitun
(5) 3 biji telur
(6) 1 sudu besar serbuk penaik
(7) 1/2 cawan air
(8) 1 ts esen vanila

Cara-cara:

- Kisar flaxseed
- Pukul telur sampai kembang
- Campurkan semua bahan
- Masukkan dalam acuan
- Bakar pada suhu 200'c selama 15 minit.

**Roti ni boleh simpan tiga hari je tau sebab biasalah roti kan cepat berkulat. Bila nak makan rerajin ah panaskan dalam oven hokey.


Ni contoh cara aku makan Flaxseed bread. Korang boleh pelbagaikan. Makan dengan grill dada ayam, beef patty ke, then campur lah daun salad, mayo and sos buat sendiri hokey. Aku makan dengan telur and homemade sos je sebab malas. haha.

Fenomena Diet Atkins

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share satu rahsia kurus tanpa perlu berlapar juga tanpa perlu berhabis duit nak beli produck memahal. Bila cerita bab diet ni, tak semua mampu buat sebab tak dapat nak control diri memasing daripada lawan nafsu serakah yang membuak-buak tu kan. Kalau kat malaysia ni kita biasanya terkenal dengan diet Low Fat kan. But sangat berbeza dengan diet yang aku nak share hari ni. Diet yang aku maksudkan ialah, diet atkins. Diet ni diet Low Carbo, Moderate Protein and Moderate Fat. Tak percaya? Ohh, sila lah percaya ye. Sebab aku pun dah insaf, asyik mentekedarah je, and badan pun membesar bagai juara. So aku, dah join diet atkins ni seminggu and totally lost 5 kg per week! tolong percaya hokeyy. So, aku yakin nak teruskan jugak diet atkins ni. Semoga terus istiqomah hendaknya.;) wish me luck yaa.

Tujuan diet Atkin ni, untuk pastikan badan kita bakar lemak, bukannya glukosa. Dari segi sains, badan gunakan glukosa sebagai bahan api sebelum lemak. So kalau kita hadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan mula habis dalam masa 48 jam (2 hari). Lepas 48 jam, yang dibakar oleh badan kita sebagai tenaga adalah lemak semata-mata. so dengan cara nilah kita hilang lemak and badan jadi selim melim!

Boleh makan and tak boleh makan untuk minggu induction:




Tapi takde lah selama- lamanya kita ni dok makan karbohidrate 20 gram je sehari. And takdelah selama- lamanya kita tak boleh makan buah, nasi, tepung and segala bagai, Sebab diet atkin ni kan ada empat fasa. Dah sampai fasa keempat boleh lah makan semua tu tapi dalam kuantiti terkawal lah. Kalau tak sampai kesudah ah reinduction je.

1)Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan - (Had Carbo 20 gram sehari)
2)Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan ) - ( Tambah jumlah karbohidrate kepada 5 gram - 10 gram dari fasa induction )
3)Pre-maintenance - (try buat pre maintenance sebulan, sampai dapat berat ideal, sambil top up jumlah carbo 5 gram - 10 gram dari fasa kedua)
4)Lifetime Maintenance - ( Tambah 50 gram- 90 gram carbo sehari )

Tapi takde lah diet semata kan, kena lah workout sama. pastu makesure minum air secukup rasa. 1 liter= 25kg. Kalau berat 100kg so silalah minum 4 liter.

And baru-baru ni aku ada terbaca kat blog Cikepal. Orang dok kata dia diet atkins and cik epal kata die tak percaya diet atkins, dia lebih suka balance diet, takpelah kan. Pilihan di tangan masing-masing tapi aku rasa dia cakap macam tu sebab dia tak faham kot apa tu atkins diet.

So korang jangan lah decide sebelum study pasal diet atkins ni okay? Tapi takde lah plak aku nak lahar si epal tu. Just my 20 cent lah bak kata orang jawa. sebab dalam diet atkin ni kita still makan sayur, ambik protein and minum air satu tangki. plus kita still kena workout. And dalam diet ni kita ambil lemak sebab kita nak burn sama lemak tu. lagipun bukan selama-lamanya kita tak makan buah atau minum susu kan. Diet atkin ada empat fasa hokeyy. cuma time induction je kena strict. Masuk fasa dua, dah boleh ambil buah beri and yogurt. :)

So, sesiapa nak ikut diet ni, silakan lah. And boleh lah join Group Kelab Diet Atkins  dekat Facebook.

Friday, May 30, 2014

Doa dan Amalan untuk mendapatkan zuriat, Insyaallah

Assalammualaikum..

Alhamdullillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. syukur. Lately banyak insan-insan di sekeliling aku yang mengeluh tentang ketidak hadiran rezeki yang paling berharga iaitu zuriat. Semua orang kalau kahwin mesti nak zuriat kan. Ialah zuriat tu kan penyambung kasih. Tapi tak semestinya takde zuriat kasih sayang suami isteri akan terputuskan.

Dalam dunia ni tak semua Manusia bernasib baik, maksudnya bukan semua orang kahwin je terus boleh mengandungkan. Ada yang kena tungu bertahun- tahun ada jugak yang sampai akhir hayat masih takde rezeki nak ada zuriat sendiri. Wallahualam.

sebelum ni aku ada kongsi doa sebagai iktiar untuk mendapatkan zuriat dalam entry ni, and hari ni aku rasa nak share lagi beberapa petua yang diberikan oleh ustazah siti nur bahiyah. Boleh lah kita sama-sama beriktiar. Mudahan ada rezeki. Insyaallah.

Amalan pertama;
lepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)   - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
 **Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua;
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
 Amalan ketiga;
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
 **Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
 Aku pun amalkan doa ni sebelum ni. Alhamdullillah, diizinkan Allah untuk aku rasa nikmat mengandung dan melahirkan Amanah-Nya. Syukur! Ternyata indah sungguh perjalanan mengandungkan zuriat sendiri. perasaan nya luar biasa. Semoga kalian juga memperoleh peluang ini. Insyaallah. Do the best and Allah do the rest.

Monday, May 26, 2014

Anniversary Yang Kedua!


Alhamdullillah.. 

syukur ke hadrat illahi. hari ni 26hb 05 2014, Anniversary we olss! Diam diam dah dua tahun kita jadi suami and isteri. Yeay. Syukur. Dari single, Allah temukan jodoh kita. And bila dah berdua Allah bagi pulak rezeki yang sangat berharga lagi sempurna. Iaitu zuriat. Subahanallah.. Indahnya perjalanan yang Allah tuliskan buat kita.

 Buat Suamiku,

Isterimu ini tidak sesempurna saidatina khadijah mahupun saidatina Fatimah.Tapi insyaallah dengan bimbingan abang sayang berusaha untuk menjadi yang terbaik lagi sempurna. 

Terima kasih di atas kesudiaan abang menerima sayang seadanya. Terima kasih di atas kesabaran abang dalam menangani kerenah sayang.Sesungguhnya sayang belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Andai ada kata-kata yang mengguris perasaan abang yang selalu terkeluar sebab tak tahan dengan dugaan yang datang. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku.

Semoga dengan bertambahnya usia perkahwinan ini, makin melimpah kasih sayang di antara kita. semakin bertambah rezeki yang ada.

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah, damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Amin Ya Rabbal Alamin..