CONTACT ME

Tuesday, October 21, 2014

Pengalaman bersalin di induce

Assalammualaikum..

Hari ni terasa nak share pengalaman masa aku lahirkan Muhammad Fayaaz Arshaq. hihi. kenapa baru sekarang ye. Fayaaz dah masuk setahun dua bulan, mama dia baru sibuk- sibuk nak share pengalaman bersalin setahun yang lalu. hehe.

Untuk pengetahuan semua, aku melahirkan Fayaaz secara normal.  Alhamdullillah. Tapi yang tak berapa best sebab masa kandungan mencecah 37 weeks aku kena induce. Induce ni maksudnya masukkan ubat dekat bawah untuk mencetuskan bukaan and contraction. Aku di paksa induce gara-gara ada kencing manis. haha. tu lah suka sangat makan and minum yang manis-manis.

Aku admit ward 18hb 2013, and doctor plan nak induce aku pukul 7.30 am pada 19hb 2013. so aku pun pasrah jelah. Aku dengar orang kata induce ni sakit dia tahap dewa. maksudnya dua kali ganda dari sakit contraction biasa. cuak jugak memula. hihi.

so seperti yang di rancang ke esokkan harinya tepat pukul 7.30 pagi, nurse datang kat aku and suruh aku g toilet siap-siap,sebab nanti lepas induce aku tak boleh pergi toilet untuk sejam pertama. bila dah settle docter pun suruh aku baring and die check bukaan, and rupa-rupanya bukaan rahim aku dah 1.5cm. tapi doctor still induce sebab nak cepatkan lagi bukaan. lepas dah induece tu aku rasa mengantuk sangat and slumber je tidur. dua tiga kali jugak nurse datang and tanya ada rasa sakit tak. soalnya aku tak rasa pape. pelik jugak. takkan aku ni kebal sangat sampai tak rasa sakit kan. haha. then dalam pukul 11.30 pagi aku pergi toilet and baru lah aku nampak ada darah keluar. tu pun sikit je.

Dalam pukul 2 pm nurse datang nak check bukaan. And mengejutkan sebab sebenarnya aku dah buka 5cm. And nurse dah kelam kabut suruh kemas-kemas barang nak tolak pergi labor room. sampai dorang semua tanya takkan takde rasa sakit? so aku jawablah serious memang saya tak rasa apa-apa. semua dah hairan, padahal contraction aku selang lima minit dah time tu.So sebelum tolak g labor room aku sempat call suami aku and mintak die belikan nasi goreng kampung sebab aku teringin nak makan. hehe.

Sejam jugak aku tunggu pastu nurse cakap aku kena tunggu dekat ward dulu sebab labour room penuh. aku okay je, sebab aku pun tengah tunggu nasi goreng. hihi. dasar kuat makan! then aku dah siap makan pun still takde tanda- tanda nak turun labour room. punya lah lama tunggu, finally pukul 11.30 malam baru aku masuk labor room nasib baik aku tak beranak dekat ward. Masuk labour room docter check laluan dah bukak 9cm. Pelik sebab aku masih tak rasa sakit. Then doctor cakap die nak kosongkan pundi kencing and pecahkan air ketuban. and dalam pukul 12 am aku baru rasa contraction yang kuat. so nurse panggil suami aku siap-siap untuk masuk labour room.

Dua kali push, aku pun selamat bersalin.pheww. lega. doctor and nurse impress gila sebab aku pandai push. hehe. maybe sebab aku selalu tengok  one born every minute uk tu kot. Alhamdullillah, Allah permudahkan proses bersalin aku. Even orang lain menagis nagis sakit contraction, aku tak rasa pun. siap makan nasik goreng lagi. Maybe ini rezeki aku. And hopefully anak kedua nanti pun macam ni jugak. hehe.

2 comments:

Unknown said...

pengalaman saya sendiri melahirkan ank sulong secara induce lbh mudah dari ank kedua secara normal..induce cepat sikit bukaan dari normal, tggu lama untuk fully dilated..


Anakku Lahir 37 Minggu Secara Induce Kerana Kecil Dari Usia Kandungan

Irfa said...

Alhamdulillah rezki awak senang nya bersalin. Seronok bca. Hrp rezki sy pun sama nnt