CONTACT ME

Sunday, August 13, 2017

REZEKI YANG TAK DI SANGKA

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk 2nd trimister kehamilan pun. Rasa macam cepat sangat masa berlalu kali ni. 😉

Alhamdullillah atas rezeki yang tak di sangka ni. Dah nak masuk tiga orang anak. yeay! maka nya usia pun dah makin senja lah kan.

Untuk pregnancy ketiga ni memang tak rancang pun. Sedar sedar dah ada. Baru fefeling nak kurus. sekali Allah bagi rezeki besar. Alhamdullillah. Syukur sangat.

Mengandung kali ketiga ni dayah tak update mana pun, sebab risau ada yang terkesan. Yelah dekat luar sana masih ramai wanita yang mengharap untuk rasa mengandung dan melahirkan.

Ada kala niat kita nak berkongsi pengalaman sahaja. Tapi ada jugak yang salah faham. Bila dikongsi dikata pulak riak. Allah. 😭 wallahi.. Tak berniat langsung untuk riak.




Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan yang baik.
Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.

Jika tiada rezeki mendapat pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga,
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa 

Antara kata kata motivasi yang dayah pegang dari dulu. Bersyukur dahulu dengan apa yang kita ada, bila kita bersyukur, Allah tambah nikmat. Kurangkan rasa merungut, kurangkan pertikaian dengan nasib orang. InshaAllah, kalau Allah nak bagi tiada siapa boleh tahan. Kalau Allah nak tahan, takde siapa boleh bagi.

No comments: