CONTACT ME

Tuesday, November 4, 2014

DIY Nursing Pillow

Minggu ni baru je pergi mom and baby expo dekat IDCC Shah Alam. Cadang nak start beli barang second baby sikit-sikit. Sempat lah grab sterilizer autumz plus warmer sekali. masa fayaaz dulu takde pon beli. pakai cara tradisional je. rendam ebm guna air panas and steriliz botol dalam periuk sampai berlobang. hehe. tapi since anak nak masuk dua ni rasa macam tak sempat dah. mana nak layan si abang, mana pulak nak terkejar-kejar layan si adik. so better beli je.

Masa reround tu terdetik kat hati nak beli nursing pillow. tapi dia punya harga, kemain mahal lagi. range harga rm 70- rm 100. gila mahal. padahal bantal jerk. so terus tak jadi beli. and terasa macam nak buat sendiri sebab rasa cam senang je. Balik rumah terus google pattern nursing pillow. yeay!


Ni lah rupa nursing pillow pattern. boleh google and download pastu print and cantum-camtumkan. Then boleh lah start ukur and potong kain. tapi sayang masa aku dah print gambar and potong kain aku memang lupa langsung nak snap. haha. Tak boleh nak kata apalah kan. Tapi aku boleh ajar cara manual.

  1. Beli kain cotton ke, lycra ke, ikut suka berukuran satu meter
  2. Lipat kain kepada dua bahagian.
  3. Ambil pattern nursing pillow and pin kan guna jarum, supaya kain tak bergerak semasa proses mengunting kain.
  4. Gunting kain lebih seinci dari patern sebab nanti nak jahit takut mengecut.
  5. Dah siap potong kain, bukak and akan dapat potongan bentuk U
  6. Jahitkan kain sekemas mungkin. And tinggalkan lubang untuk masukkan kekabu
  7. Basuh kain yang telah di jahit untuk keselesaan bersama
  8. Masukkan kekabu sepadat mungkin kemudian jahit kemas-kemas supaya kekabu tak terburai


 Ni lah rupa nursing pillow handmade aku. 100% kekabu tau. Modal? Rm 6.50 sahaja. Kain cotton semeter aku beli rm 6.50 sahaja. kekabu free sebab pokok sendiri. kehkeh.

2 comments:

- said...

wahh jimat kan..

Yuyun said...

Wow..bestnye buat bantal sendiri