CONTACT ME

Wednesday, February 20, 2013

KEHIDUPAN BARU BERSAMA SI KECIL


Assalammualaikum and hai to uolss.

Alhamdullillah kerana masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Seperti yang ramai maklum aku telah pun berkahwin dengan en suami. dan usia perkahwinan ini sudah pun mencecah lapan bulan 3 minggu 4 hari. disebabkan sebelum ini aku merupakan fulltime student jadi masa untuk bersama suami agak terhad. jadi tidak hairan lah seandainya kami belum dikunjungi orang ketiga.

Alhamdullillah masuk saja bulan ketujuh usia perkahwinan kami, aku telah pun berjaya menamatkan pengajian. syukur kehadrat illahi. so sejak pertengahan bulan 12 aku pun selamat menjadi suri rumah sepenuh masa. Hasrat hati untuk mengandung sangat membuak-buak. hihi. mana taknya kadang bila tengok orang sibuk bawak perut yang memboyot tu mesti aku rasa jeles and tak sabar. so setiap hari aku and suami tak berhenti-henti berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan zuriat buat kami secepat yang mungkin. insyaallah.

sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang. seolah-olah doa kami di angkat terus. masuk bulan ke lapan aku dah start rasa sesuatu. rasa tak sedap badan. badan ni kejap sejuk, kejap panas. eh main-main pulak. sampaikan en suami pun pelik. pastu aku kuat sangat tidur. pantang baring. confirm nak terlelap. selera makan tak payah cakap lah, memang bertambah-tambah. lagi satu yang aku paling tak tahan part kencing. memang tak lawas. kejap-kejap nak kencing. tak sampai 10 minit nak kencing lagi. aku pun hairan. ishh. kenapa pulak dengan aku ni.

so berbekalkan semangat yang kental aku pun google sign and symptom yang aku alami tu and hampir semuanya dikaitkan dengan tanda awal kehamilan. hihi. masa tu aku pun sibuk nak kira calender period. nasib baik aku memang jenis yang catat setiap kali period. tapi kalau ikut perkiraan aku macam mustahil. sebab masih awal. takkan kot! haha

waktu hati aku membuak-buak nak buat upt walaupun period tak delay lagi. alahai gelabah betul! so aku pun try kuatkan hati and suruh diri sendiri bersabar. hihi. sign and symptom tu masih berlarutan, tapi aku diamkan je. taknak cakap dekat en suami lagi. konon-konon nak buat surprise lah. tapi aku macam kecewa sikit sebab hari ke 16 sebelum tarikh period tiba-tiba ada keluar spotting warna merah cam tu. aku pun terfikir ala, nak period ke. pastu terus pakai pad. dalam hati memang sedih gila.then lepas tu aku check tengok kosong. takde pape. aku pun dah start pelik then google lagi and dorang cakap spotting tu tanda yang baby nak menepel dekat rahim. tapi aku tak nak mengharap sangat so tunggu jugak. dua ,tiga hari tunggu still takde pape. hihi. masa ni semangat dah membara gila and aku pun sangat yakin yang aku tengah mengandung.

di sebabkan ketidaksabaran aku, diam-diam aku pergi beli upt dekat watson. plan esoknya nak buat test, walaupun period tak delay lagi. and pagi tu dengan semangat pukul 5 pagi aku dah bangun. hihi. then aku pun buat ah upt. hasilnya? nan hadoo. negetif lah kan. haha.



Masa ni mood masih lagi tak percaya sebab upt tu negetif. tapi bila di fikir-fikirkan period pun masih belum delay. ada lagi tiga hari sebelum period. then aku pun diamkan je. dan jalani kehidupan seperti iasa. tapi sakit kepala serta kencing tak lawas tu memang tak payah cakap lah kan. memang buat aku rasa tak selesa. lepas tu siap dengan rasa sakit perut macam nak segugut.

** Lepas  seminggu dari hari last buat upt

kalau ikut perkiraan aku dah seminggu aku lewat period. then dengan tak sabar aku ajak en suami pergi guardian beli upt. hihi. kali ni aku beli dua. hihi. keesokkan paginya pukul 6 pagi aku dah bangun and buat upt. punya lah aku bulatkan mata sebab nak tengok kot-kot ada double line. tapi, hampa jugak. satu lain je yang naik. then dengan rasa sedikit kecewa aku pun mandi and angkat wuduk. dah siap solat subuh, aku pun masuk toilet balik sebab nak ambik upt tu nak buang, sekali tengok, eh, kenapa macam ada double line. satu line merah pekat and lagi satu line merah samar-samar. masa tu jantung aku punya gugup. rasa nak tercabut. sambil tangan mengigil-gigil aku panggil en suami and tunjuk upt tu.




Ni lah hasil upt yang aku buat awal-awl pagi tu. yang bawah tu aku buat lagi sekali lepas test pertama. dua-dua double line tapi samar-samar.

Aku terus sujud syukur, ya Allah, hanya Allah je yang tahu betapa aku bersyukur sangat-sangat di atas rezeki yang dia kurniakan ni. Alhamdullillah.

Petang tu aku terus ajak en suami pergi klinik and mintak docter confirm kan pregnancy and sekali lagi aku buat pregnancy test, and alhamdullillah ianya masih positif and docter sahkan aku preggy 5 minggu. Alhamdullillah. terpancar kebahagiaan di wajah en suami.

So aku tak payah ragu-ragu lagi yang aku ni preggy atau pun tak. sesungguhnya naluri keibuaan aku sangat kuat sebab aku memang yakin ada sesuatu yang berharga dekat dalam rahim aku. and ternyata naluri aku tepat. Subahanallah.

And semalam aku dah pun pergi klinik untuk buat pregnancy scan sebab nak tengok keadaan baby. docter scan ikut atas je, tapi amik masa jugak nak nampak sebab baby main nyorok-nyorok. lagipun masih awal so si kenit ni pun masih kecil.



Nampak tak ada tiny dot? tu lah kantung baby. Baby dah masuk 8 minggu. masa tengok ni hati aku rasa sebak sangat rupa-rupanya dalam rahim ni dah ada zuriat aku bersama suami. syukur Alhamdullillah..

Last but not least, doakan kandungan aku sihat and membesar dengan baik. terima kasih :)