CONTACT ME

Wednesday, October 12, 2011

Dalam dunia ni, takde persahabatan yang kekal selamanya. sebab aku sendiri dah tiga kali melalui zaman putus kawan. hebatkan aku. kau mampuu?? kehkeh


"Mencari sahabat adalah mudah, tetapi untuk menjaganya amat payah"

Persahabatan tu satu hubungan yang menghubungkan dan merapatkan kita dengan seseorang. dalam dunia ni tipu lah kalau korang tak pernah berkawankan. Semua sure pernah lalui erti persahabatan. kalau siapa tak tahu apa tu persahabatan, meh sini aku lempang laju-laju. Bagi betul sikit kau punya kepala hotak. Kehkeh.

Tapi pada aku lah kan, tak semua persahabatan tu boleh kekal sampai ke lubang kubur. Sebab dah memang sifat manusia ni, saling lupa-melupakan. Saling tikam-menikam. So aku memang tak heran if satu-satu friendship tu tak kekal. Sebab aku pun dah banyak kali putus kawan. Hape? Bukan salah den yoo. Dah depa perangai macam mangkuk jamban, takkan ah aku nak biar je kan. So jawapan terbaik, putus kawan je lah. Hape aku heran.

Pada aku lah, kawan tu mudah di cari, Cuma atas diri masing-masing ah sama ada nak kekal kan sampai ke akhir hayat atau sekadar sekerat jalan. so far, aku masih di kelilingi kawan-kawan yang ohhhsemmm. Terima kasih. :)

"Persahabatan memang mudah dicari. Dan apabila telah lama ditinggalkan mungkin semuanya akan berubah"

kawan ni dikategorikan antara orang yang paling penting dalam hidup aku, tapi adat berkawan lah kan. saling terasa dan merasa. kadang-kadang sebab nak jaga hati kawan punya pasal, semua benda yang mengarut pun aku iya kan aje. konon taknak bagi kawan-kawan aku sentap ah. kadanga-kadang sampai aku redha kan diri and ikut je bontot si kawan yang hangsuang ni. kalau boleh semua cakap dia kita kena ikut. ye lah, asyik dia je yang nak menang. dia je yang ada perasaan. yang aku ni pulak dah macam sampah je dia buat. mungkin pada dia aku ni layak jadi balaci je. tak hairan lah kalau persahabatan tu terputus. and time tu memang tak heran jugak lah kalau dia sibuk update status dekat fesbukk dan menyatakan perasaan benci yang teramat sangat. eh takpe. aku cool je. takde hal lah. bak kata embah aku, " patah tumbuh, hilang berganti"

ingat lah backstabber tu di mana-mana.

Renungan bersama :

Selesai sarapan, mereka bersiap untuk merompak lagi. Oleh di sebabkan kerana udara yang panas, lepas menyiapkan kuda, James melucutkan mantel serta meninggalkan senjata. Kononnya tak nak timbulkan rasa curiga. Tapi tanpa sedar Robert Ford menembak kepala teman baiknya, James. Sejak tu, 3 April 1882 dicatatkan dalam sejarah sebagai hari kematian penjahat terkenal Jesse James, selepas ditembak oleh kawannya sendiri yang terliurkan hadiah. Pengkhianatan mengakhiri persahabatan mereka.

Persahabatan, persaudaraan, ikatan teman, atau hubungan apapun sebenarnya adalah ikatan yang rapuh selama tidak didasari keimanan. Secara lahiriah memang kadang kala terlihat keakraban, terkesan persatuan dan kerukunan, namun pada hakikatnya ikatan macam tu sangat lemah. Hati mereka bila-bila masa je boleh berpecah belah.

“Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah-belah…” (QS. Al-Hasyr : 14)

Tanpa iman, terjadilah pengkhianatan mengakhiri persahabatan seperti yang dilakukan Robert Ford pada Jesse James. Tanpa iman, berakhirlah hubungan persahabatan yang lama terjalin kerana wanita, seperti yang terjadi pada Farris Rahal dan Nabih Malik yang dikisahkan Kahlil Gibran dalam “Racun Bermadu”.

Tanpa iman, berakhirlah hubungan suami isteri kerana perselingkuhan. Bahkan tanpa iman, ikatan keluarga tidak lagi penting kerana berebut warisan.

"Life is too short to waste time hating anyone "

sekian ...

2 comments:

Sheila Adziz said...

persahabatan ada di mana2 sbenarnya.... antara sedar atau tidak...

Farhanah Sabdin said...

Yeah, bukan selamanya persahabatan akan kekal...