CONTACT ME

Sunday, August 14, 2011

Redha dan yakin lah dengan JANJI allah.


**Segmen muhasabah diri/motivasi diri.

Memandang kan kita dalam bulan ramadhan yang mulia lagi berkat, aku pun rasa macam syok je bila buat segmen muhasabah diri ni. bukan bertujuan untuk menunjuk2 yang aku ni baik ke hape. saje je buat. untuk di jadikan renungan buat semua orang termasuk lah aku.

jodoh? apa yang korang tahu pasal jodoh? ya. tiada satu pun makhluk allah mengetahui siapa jodoh mereka. termasuk lah aku dan jugak kau.

ada yang cakap;

perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik. dan perempuan yang jahat hanya untuk lelaki yang jahat.

cuma kadang2 aku tertanya-tanya, bukan ke perempuan mahupun lelaki yang jahat, yang sudah insaf dan bertaubat akan berkahwin dengan orang yang baik untuk membimbing dorang ke arah kebenaran dan kebaikan?

Hadis;

surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."

Ada pulak yang cakap, jodoh tu berdasarkan keturunan. tapi rasanya jodoh tu takde kaitan dengan keturunan. tak kira lah kau kaya ke, miskin hina ke. jodoh di tangan allah. kadang2 kita tertanya-tanya bila la nak sampai jodoh kita yerk.

Jodoh ni ibarat menanti jambatan yang sedang di bina untuk ke seberang. kalau lambat jambatan tu siap, maka lambat lah perjalanan kita. Ada orang, jodoh nya awal. and ada jugak yang jodohnya lambat. Yang jodohnya cepat, maknanya jambatan nya cepat siap juga perjalanannya singkat. Biar ah jodoh lambat asalkan dapat MR/MISS right. so, banyak2 lah berdoa yerk. (termasuk lah aku)

"Berkahwinlah kamu demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kamu membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang."


Kadang-kadang kita tersilap mentafsir kehidupan. selalu terfikir yang kita ni akan bahagia kalau dapat apa yang kita nak. tapi, tak semestinya kan?? tak semua yang kita nak tu akan menjamin kebahagiaan.

tapi, secara fitrahnya, aku seorang wanita yang diberikan oleh Allah dengan kekayaan airmata dan kerapuhan hati. hurm.. semoga allah memberikan rahmat buat aku. Amin ya rabbi alamin!

Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi


Takdir dan suratan yang telah di tetapkan oleh allah, jauh lebih baik dari yang kita inginkan. Redha dan yakin lah dengan janji allah.

No comments: