CONTACT ME

Friday, January 18, 2013

Istikharah Cinta. Akhirnya aku bernikah juga

** Maaaf lagu auto play. untuk menambah lebih feeling ketika membaca entry ini.


Istikharah Cinta - Sigma



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta


Ya Allah Kau Jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal solehsebagai suamiku,
Ya Allah kau jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal soleh sebagai teman ku di dunia dan akhirat,
Ya Allah kau jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal soleh sebagai kekasihku,
Ya Allah kau jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal soleh  sebagai sahabatku,
Ya Allah kau jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal soleh sebagai kekuatan aku di kala aku kesusahan,
Ya Allah Kau jadikan lah lelaki yang beriman, berilmu serta beramal soleh sebagai kebahagiaanku.
Amin.


Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t agar di kurniakan suami yang beriman, berilmu serta beramal soleh supaya dia boleh membimbing aku di dunia bahkan menjadi teman di syurga. Insyaallah.

Tak pernah sekali pun aku penat berdoa. tidak juga penat menunggu. Sabar.itulah kunci kepada penawar hidup di dunia yang penuh pancaroba. tabah, itulah ubat yang paling mujarab bagi hati yang sentiasa mendamba pelengkap fitrah hidup ini.

Alhamdullillah. Akhirnya Allah s.w.t mengabulkan doa aku. Tanggal 26 Mei 2012 di usia 21 tahun aku selamat di ijab qabulkan dengan jodoh yang telah di titipkan oleh Allah s.w.t buat aku untuk melengkapi fitrah hidup ini. Subahanallah. syukur sangat. akhirnya aku bernikah juga.

Nota kaki: Urusan jodoh ialah rahsia Allah s.w.t yang mana telah di persiapkan sejak azali, kadang-kadang orang yang cantik serta memiliki banyak kelebihan akan tetapi masih tidak bertemu pasangan. sedang kan orang yang di pandang jelek serta biasa-biasa sahaja lebih cepat sampai jodohnya. semua nya kerja Allah s.w.t. kita hanya mampu merancang dia juga yang menentukan. Subahanallah..


Sekian

No comments: