CONTACT ME

Tuesday, January 15, 2013

Hey its 7 months, 2 weeks and 6 days already. Hidup ini sudah berubah 360 darjah


Assalammualaikum and hai to uolsss.

Hari ini sudah genap 7 bulan, 2 minggu and 6 hari aku menjalani kewajipan sebagai seorang isteri. Allhamdullillah. Tahun 2012 banyak sangat perubahan yang berlaku pada aku yang mana ianya memberi impak yang sangat-sangat besar. Dari single bertukar kepada tunangan orang pastu dengan takdir Allah menjadi isteri orang and now insyaallah akan menjadi momy to be. Syukur sangat-sangat.

Macam yang ramai tahu, aku antara yang berkahwin di usia yang boleh di kategorikan sebagai muda. Dalam usia 21 tahun, aku telah bergelar tunangan orang. Seterusnya selamat di ijab qabul kan dua bulan kemudiannya. Dalam masa yang sama aku juga merupakan full time student. Tapi apa yang boleh aku kata kan, perkahwinan di usia muda itu adalah sesuatu yang sangat indah. Berani aku katakan yang hidup aku berubah 360 darjah.

Sedang teman-teman lain bergembira menikmati masa muda mereka, aku pula sedang di didik oleh suami, apa yang patut dan tidak patut. Aku dapat merasakan yang aku di cintai setiap hari bahkan setiap saat. Alhamdullillah. Terima kasih Allah kerana telah mengurniakan aku seorang “imam” yang tidak pernah aku jangka kan akan menjadi suamiku. Dia merupakan seorang lelaki yang sangat berfikiran positif. Sabar dengan karenah aku yang ada kalanya seperti anak kecil. Terima kasih sayang. :)

Bayangkan saja selepas tiga hari bergelar suami isteri aku telah pun meninggalkan suami. Nasib baik lah suami aku seorang yang sangat memahami kehidupan aku sebagai seorang full time student. Hanya weekends sahaja masa kami bertemu dan masa itu sahaja yang aku dapat menjalani tugas sebagai seorang isteri. Selepas sebulan berkahwin, aku telah pun di sahkan preggy 3 minggu. Alhamdullillah. Sekali lagi Allah s.w.t memberi rezeki yang besar kepada aku dan suami. Tapi di sebabkan aku masih bergelar student dan terpaksa tinggal di hostel, suasananya berbeza. Stress dengan assignment yang bertimbun-timbun, busy yang teramat sangat memandangkan aku merupakan student tahun akhir. So faham-faham je lah keadaannya. Dalam tempoh tu Allah s.w.t telah mendatangkan satu ujian yang agak besar buat kami suami isteri. Aku disahkan keguguran tatkala kandungan mencecah 4 minggu. Sedih bukan. Tapi suami aku sangat baik. Dia selalu memberi aku dorongan. So segalanya kembali kepada asal.

And Allhamdullillah, bulan disember tahun lepas aku dah pun selamat menamatkan pelajaran aku selama 3 tahun dalam diploma in nursing. Syukur kepada illahi. And now dah hampir sebulan aku menjadi suri rumah sepenuh masa sementara menunggu panggilan kerja. perasaan wanita yang dah berkahwin ni agak berlainan dan semestinya aku mahu menjadikan hidup ini lebih bermakna dari sebelumnya. And jika di izinkan Allah s.w.t  tahun ni akan hadir  “orang ketiga”. Allhamdullillah.

No comments: