Baby boy yang di beri nama, Muhamad Adrian Aqil bin Mohd Adip. whoa class betol mak bapak kau eh baby kecil. Kalau aku, aku letak nama Abu je. senang nak hafal. al maklum lah aku ni orang kampung. mana lah biasa sebut nama ala-ala orang putih ni. karang adrian mula lah jadi idris. tak pon deris. haha. mintak ampun dan maaf kepada mak bapak baby kecil. Walau bagaimana pun, Tahniah ye.
.
Tatap lah wajah baby ni. sama macam muka aku waktu lahir dulu. Mata pun sepet macam aku. tapi sekarang ni, mata aku dah tak sepet. sebab aku dah pandai pakai mata palsu. kehkeh.
Kepada kazen-kazen aku, tolong panggil aku Mak ngah okey. jangan biasakan baby panggil aku aunty. sebab aunty tu panggilan untuk keluarga orang putih. aku dah jemu menjadi penjajah di dalam negara sendiri. so, panggil aku mak ngah. Biar macam orang kampung asal bergaya. kehkeh.
Kepada kawan-kawan. kalau rasa nak bagi hamper mahupun duit raya kepada "orang baru" sila bagi dekat aku. mudah-mudahan dapat lah aku songlap barang seringgit, dua. hoho.
Akhir kata dari aku, tahniah untuk diri sendiri yang telah bergelar Mak ngah untuk anak buah yang ke lapanpuluhlapan (termasuk anak-anak kazen aku jugak anak-anak buah jiran-jiran aku). kehkeh.
Salam merdeka raya!
No comments:
Post a Comment