CONTACT ME

Monday, September 5, 2011

Zaman sekolah yang klasik. masa tu aku darjah dua. aku ada cinta monyet, nama dia haikal. kau hado? kehkeh

Hai uolss yang ohsemmm. Tadi bangun je dari tido yang lena aku sambung termenung dekat atas para depan rumah aki aku sambil syok makan dodol buatan kekasih mak aku, iaitu abah aku. Tengah-tengah syok melantak dodol, tiba-tiba aku nampak si Fatimah. perghh. menusuk ke dalam kalbu. terus teringat cerita zaman sekolah dulu.

Dulu masa kecik-kecik aku lah yang paling liat sekali nak bangun pagi. selalunya bangun je dari tidur, aku layan sejuk pagi dulu.

"isk. sejuk betul pagi ni. kalau sambung tidur pun best"

mau tak best dulu masa kecik-kecik aku tidur atas tilam kekabu buatan embah aku. pergh memang syok. bungkus pulak badan pakai gebar (selimut) hasil kain perca buat baju raya. bertambah-tambah lah sejuk. rasa macam tengah main jet ski dekat ice land sambil makan aiskrim je haku rasa.

tapi tiba-tiba mak aku menjerit suruh aku mandi. Setiap pagi memang macam ni. selagi tak dengar suara "double bass" mak aku, memang aku tak bangun. Lepas mandi aku tengok mak aku dah siap iron baju sekolah aku. tapi baju sekolah aku bukan baju recycle yang perlu di rendam dengan clorox mahupun air kanji.

Dulu masa sekolah, mak aku bagi aku duit belanja seringgit. pastu siap bawak bekal nasik goreng+belacan. Memang terbaik dari ladang nasik goreng mak aku tu. karang masa nak keluar terserempak dengan aki aku, sure dapat seringgit lagi. memang kayoo lah aku masa tu.

Dulu aku pergi sekolah naik kereta atok manap. atuk manap ni panctual orangnya. dah lah garang. kalau aku lambat sikit je sure aku jadi mangsa sekeh. tapi aku redha je. sebab memang salah aku pon. sape suruh tak panctual. kehkeh.

Bila dah sampai kelas, member sebelah aku nama fatimah (yang lalu tadi tu). Dia ni baik, tapi aku tak berkenan sangat dengan perangai dia. sebab orang lain datang sekolah bawak buku, dia pulak datang sekolah bawak mainan.

"eleyh. ni mesti kes tak boleh buang tebiat harian. wei. come on lah. kita dah besar. mainan ni baby-baby kiut je yang layan."

Dah tu, bila cikgu masuk kelas je semua diam. takut ler tu. cikgu ni pun satu. aku tengok semua cikgu dekat sekolah ni muka garang-garang. ada masalah peribadi ke? salah tahu tak cara ni. patutnya cikgu kena lah lemah lembut, penyayang dan manis muka. barulah takde kes ponteng kelas.

masa dekat sekolah dulu, aku ni penyegan sikit. kalau takde orang yang tegur aku, alamatnya sampai ke sudahlah aku diam je. tapi dalam ramai-ramai tu ada sorang budak nama haikal.dia suka usha-usha aku. sampai pipi aku warna merah. lepas tu siap belanja aku aiskrim. aku rasa dia lah cinta monyet aku. masa tu aku baru darjah dua.

balik rumah, mak selalu bising dekat aku sebab baju aku comot. lepas tu mak bebel lagi sebab buku latihan aku jadikan diari aku dengan haikal. kehkeh.

Dah kawin erk kau fatimah. dah beranak satu pun. aku bilalah agaknya eh.

sekian..

No comments: